Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring

| Monday, February 23, 2009

Ulaskan sebab-sebab Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring dan kesan-kesannya ke atas negara Burma dan Thailand

Britain berminat dengan negara Burma kerana kepentingan ekonominya. Britain terlibat dalam satu peperangan dengan Burma, iaitu Perang Inggeris-Burma I yang berlaku pada tahun 1824 hingga tahun 1826. Perang ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. Bagi Thailand pula, atas kesedaran Raja Mongkut, Perjanjian Bowring ditandatangani antara beliau dengan Britain pada tahun 1855. Kedua-dua perjanjian ini ditandatangani atas sebab-sebab tertentu dan mempunyai kesan ke atas negara masing-masing.

Perjanjian Yandab telah menamatkan Perang lnggeris-Burma 1. Punca peperangan ini adalah mengenai masalah sempadan. Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan yang berjiran dengan Chittagong. Dengan ini, Kerajaan lndia-Inggeris dan Burma berkongsi satu sempadan. Pentadbiran Burma di Arakan sangat zalim. Berlaku banyak pemberontakan dan ramai pemberontak melarikan diri ke Chittagong. Burma menuntut agar Kerajaan lndia-lñggeris menyerahkan pemberontak Arakan. Pada tahun 1811, hubungan British dan Burma semakin tegang apabila Chin Byan menakluki Mrohoung, sebuah bandar Burma. Burma mengesyaki bahawa British telah menyokong Chin Byan.
Pertentangan kebudayaan juga membawa kepada meletusnya Perang Inggeris - Burma 1. Burma ialah sebuah kuasa konservatif dan merasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Utusan British dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum mengadap raja. British enggan melakukannya dan menganggapnya sebagai satu penghinaan.

Utusan British memang gagal mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan konsesi perdagangan . ini juga membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Satu lagi faktor ialah kebimbangan kemaraan kuasa Perancis. Perancis berharap dapat menggunakan Burma sebagal tapak untuk menyerang British di India. Perancis telah membina sebuah pangkalan di Mergui. Kerajaan India-lnggeris ingin memujuk Burma supaya melarang Perancis daripada menggunakan pelabuhannya. British terpaksa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Burma supaya Burma tidak berpakat dengan Perancis untuk menentangnya.

Dasar perluasan kuasa Burma ke Assam, Manipur dan Cachar telah meretakkan hubungan antara British dengan Burma. Raja Bagyidaw dengan bantuan .Jeneral Maha Bandula memulakan serangan ke atas Assam pada tahun 1822 dan kemudiannya ke Manipur dan Cachar. serta Pulau Shahpuri. Ini memberikan peluang kepada British untuk mengisytiharkan perang ke atas Burma pada tahun 1824.

Syarat-syarat Perjanjian Yandabo adalah seperti yang berikut:
(a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada British.
(b) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan Manipur.
(c) Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada British.
(d) Burma bersetuju menerima seorang Residen British untuk menjalinkan hubungan diplomatik.
(e) Burma bersetuju menghantar duta ke Calcutta.

Perjanjian Yandabo merupakan satu penghinaan kepada Kerajaan Burma. Burma kehilangan banyak kawasan pantai. Perang lnggerisBurma I menandakan permulaan penjajahan British di Burma.

Raja Mongkut sedar dan peka terhadap pergolakan politik sekitar Asia dan dasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada kejatuhan Burma Hilir ke tangan British selepas Perang liiggeris-Burma I, pencerobohan British di China yang menyebabkan Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siam sendiri. Raja Mongkut dengan relanya telah menandatangani Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855.

Syarat-syarat Perjanjian Bowring 1855 adalah seperti yang berikut:
(a) Perdagangan bebas dijalankan.
(b) Cukai import 3% ad valorem dan eksport 5% ad valorem
(c )British boleh membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan 6 KM dari Bangkok
(d)Import Candu ke Siam dibenarkan
(e) Seorang konsul British ditempatkan di Siam untuk mengadakan hubungan diplomatik
dengan Raja Siam.
(f) Eksport beras dibenarkan.
(g) Rakyat British di Siam diberi hak-hak wilayah asingan.

Perjanjian Bowring disusuli oleh perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856). Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1860), Belgium (1868), Itali, Norway, dan Sweden (1868).

Kuasa-kuasa Barat ini mendapat keistimewaan yang sama seperti yang diperoleh British. Perjanjian Bowring merupakan perjanjian yang paling memuaskan hati pihak British.

Perjanjian Bowring menandakan permulaan Dasar Buka Pintu Siam. Dasar ini telah membawa Siam ke arah pemodenan. Raja Mongkut telah memulakan pemodenan Siam di sekitar istana dan Bangkok. Beliau mengupah penasihat asing untuk mengetuai jabatan-jabatan tertentu.

Dasar luar negeri ini yang bertujuan mengadakan hubungan diplomatik untuk berbaik-baik atas dasar persamaan taraf menyelamatkan Siam daripada diserang oleh kuasa-kuasa luar. Raja Mongkut berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam.

Zaman imperialisme Barat dan pada masa kebanyakan negara lain di Asia Tenggara dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, Perjanjian Bowring dengan disusuli oleh perjanjian-perjanjian lain telah membawa Siam ke arah perkembangan dan kemajuan yang pesat. Pelaburan modal asing menambahkan lagi perkembangan perdagangan dan ekonomi Siam. Siam telah ditarik ke dalam rangkaian perdagangan antarabangsa.

Kesimpulannya. boleh dikatakan bahawa Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring agak berbeza. Di bawah Perjanjian Yandabo, Burma Hilir dijajah dan Burma dipaksa menandatangani Perjanjian Yandabo akibat peperangan dengan British. Bagi Siam pula. pemodenan dapat dijalankan selepas Perjanjian Bowring dimeterai. Siam mendapat keuntungan daripada Perjanjian Bowring kerana tetap merdeka dan menjadi semakin moden.

Dasar tutup dan buka Pintu China dan Jepun

|

Bandingkan dasar tutup pintu dan buka pintu di Negara China dan Jepun.

Pada umumnya. kebanyakan Negara-negara di Asia seperti Thailand. China. dan Jepun mengamalkun dasar tutup pintu terhadap kuasa-kuasa Barat. Negara-negara berkenaan mengamalkan dasar tersebut kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar khususnva barangan Barat. Ini kerana mereka mengamalkan ekonomi sara diri dan mempunyai sumber bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya. Selain itu. Mereka juga bimbang kuasa Barat akan campur tangan dalam arena politik tempatan di samping kebimbangan terhadap perkembangan agama Kristian akan mencemarkan kebudayaan tempatan Di samping itu. negara China pula menganggap mereka sebagai Middle Kingdom sementara Negara-negara lain sebagai barbarians,. laitu tidak bertamadun. Oleh itu. China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan negara-negara barat.

China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19China juga mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar dihadkan dan dikawal ketat sebaliknya pihak Barat pula mengamalkan perdagangan bebas kerana ia merupakan hak bagi semua bangsa. China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-barang dari Barat. Selain itu, ia mempunyai kawasan luas untuk bekalan sumber asli seperti hasil pertanian untuk barangan makanan, galian. dan sebagainya. Di samping itu. China juga tidak senang terhadap tindak-tanduk di kalangan saudagar Barat yang kurang sopan seperti tidak menghormati amalan budaya China.

Sehubungan dengan itu. banyak sekatan dikenakan ke atas perdagangan Barat seperti perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Cohong. iatu sekumpulan wakil perdagangan yang diakui dan diberi hak oleh kerajaan China. pedagang Barat juga hanya dibenarkan berdagang di Canton. Di samping itu. saudagar barat tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas untuk menjalankan kegiatan perdagangan di pedalaman China. Sekatan yang dikenakan oleh China telah menyukarkan pedagang-pedagang Barat. Misalnya Cohong yang menjadi wakil perdagangan China telah melakukan penipuan dan penindasan seperti mengambil kesempatan membeli barangan British dengan harga yang rendah dan menjualkannya dengan harga yang tinggi. mereka juga melakukan pemerasan dan rasuah. Mereka sering berhutang dengan saudagar-saudagar asing tetapi hutang tersebut tidak dijelaskan dengan sempurna. Sebaliknya. saudagar Barat memerlukan barangan China seperti tehdan sutera tetapi China tidak memerlukan, barangan Barat, ini menjadikan perdagangan tidak seimbang antara kedua-dua belah pihak dan keadaan ini telah membimbangkan saudagar Barat, khususnya saudagar British. Utusan-utusan perdagangan pihak Barat khususnya British yang dihantar untuk merundingkan penyelesaian segala masalah yang timbul semuanya menemui kegagalan.

Namun demikian desakan pihak Barat untuk memperoleh barangan China serta keinginan menjadikan China sebagai pasaran bagi barangan kilang semakin kuat. Keadaan ini disokong pula bahawa abad ke-19 merupakan abad peluasan kuasa politik Barat. Oleh itu, Barat mula memikirkan cara-cara menggunakan kekerasan untuk memasuki China dan membuka pintu perdagangan China. Ini penting kerana Barat memerlukan. perdagangan seimbang dengan China Cara kekerasan yang digunakan oleh Barat untuk membuka pintu China ialah melalui perisytiharaan Perang Candu 1. China tewas dalam peperangan tersebut. dan ini telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking 1842 di antara China dengan British. Antara syarat Perjanjian Nanking ialah lima pelabuhan dibuka kepada pedagang Barat khususnya British, iaitu -Shanghai. Amoi. Canton. Foochow dan Ningpo. Hong Kong pula diserahkan kepada Inggeris. Monopoli perdagangan Cohong dihapuskan. China dikehendaki membayar ganti rugi peperangan sebanyak S21 Juta. serta cukai 3% ad valoren untuk barangan import dan 5% untuk barangan eksport. Hubungan perdagangan dengan pihak Barat juga mesti dijalankan atas dasar sama taraf. Dalam hal ini, China yang tewas dalam peperangan tersebut terpaksa menandatangani perjanjian tersehut dengan pihak British. Selain itu. China juga kemudiannya terpaksa menandatangani perjanjian dengan negara-negara Barat lain seperti Amerika Syarikat. dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Norway, Sweden dan Rusia. Semua perjanjian tersebut amat merugikan China kerana kuasa asing telah mendapat banyak konsesi. Di samping itu. Perjanjian Nanking telah menamatkan dasar tutup pintu ataupun zaman pemencilan China yang telah berjalan berkurun-kurun lamanya.

Sebaliknya. dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868. Dasar pemencilan ini berjalan selama kira-kira 250 tahun lamanva dan boleh dikatakan sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Dalam jangka masa itu. Jepun menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia yang lain. misalnya Filipina oleh Sepanvol. Burma oleh Inggeris. Vietnam oleh Perancis dan sebagainya. Selain itu, Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Di samping itu. wujud persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh yang demikian. Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri. malahan orang .Jepun sendiri tidak dibenarkan keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana .Jepun tiada kepentingan perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun.

Dasar buka pintu .Jepun pula dapat dilihat melalui perubahan dasar dalam kurun ke-19 dengan percubaan Amerika Syarikat mengadakan perhubungan dengan Jepun melalui Komodor Perry pada tahun 1853. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun di atas factor-faktor tertentu. antaranya ialah kegiatan kapal-kapal nelayan yang rnenangkap ikan paus dan anjing laut. Kapal-kapal nelayan mereka seringkali memasuki perairan Jepun dan anak-anak kapal berkenaan sering berlindung di pantai .Jepun apabila berlaku cuaca buruk atau kapal mereka karam dipukul ribut Malangnya mereka telah menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa Jepun. Selain itu. kapa1- kapal dagang Amerika yang menggunakan laluan Lautan Pasifik dalam perdaganganya dengan China memerlukan pelabuhan persinggahan untuk mendapatkan bekalan arang batu. bekalan makanan dan untuk membaik pulih kerosakan. Sehuhungan dengan itu. Keshogunan Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Arnerika Syarikat kerana ia lebih kuat dari segi ketenteraan. Untuk tujuan itu. Komondor Perry telah diutuskan ke Jepun untuk merundingkan hal ini pada tahun I853 dan disusuli kemudian pada tahun 1854 dengan angkatan perang yang Iebih besar dan pihak .Jepun memaklumi tujuan tersebut Ekoran itu Perjanjian Kanagawa di tandatangani pada 31 Mac 1854 yang menandakan bermulanya era buka pintu Jepun. Antara syarat-syarat Perjanjian Kanagawa ialah dua buah pelabuhan dibuka, iaitu Shimoda dan Hokadate di samping Nagasaki bagi mendapatkan bekalan bahan api dan makanan serta untuk membaik pulih kerosakan. Jepun juga hendaklah memberi layanan yang baik kepada kelasi-kelasi Amerika yang terdampar di pantai Jepun akihat dipukul ribut dan sebagainya. Selain itu. Amerika juga akan menempatkan seorang konsulnya di Shimoda bagi kemudahan pedagang-pedagang Amerika. Di samping itu, perdagangan terhad di bawah peraturan-peraturan Jepun di semua pelabuhan yang dibuka dan Amerika juga mendapat layanan hak wilayah asingan. Sementara itu. perjanjian tersebut telah menjadi asas penting dan membuka peluang kepada kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perjanjian dengan Jepun. Misalnya. perjanjian dengan Britain pada Oktober 1854, dengan Russia pada Februari 1855 dan dengan Belanda pada November 1855. Sehubungan dengan itu. Jepun mengamalkan dasar buka pintu secara rasmi pada zaman Meiji 1868. Langkah ini telah dapat mengelakkan Jepun daripada menerima nasib buruk seperti China dan Burma yang telah ditakluki oleh British. Namun demikian. dasar buka pintu ini bermakna Jepun terpaksa menerima kemasukan pengaruh Barat sama ada dalam sistem politik mahupun sistem ekonomi.

Sebagai kesimpulannya. terdapat kepentingan-kepentingan tertentu yang menyebabkan kedua-dua kuasa menjalankan dasar tutup pintu dan juga dasar buka pintu. Namun demikian, China yang dibuka secara paksa melalui peperangan telah banyak merugikan negara berkenaan sama ada dari segi politik mahupun ekonomi dalama jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Sehaliknya, Jepun yang menjalani proses buka pintu secara rundingan telah berjaya menjadikan negara itu sebuah negara yang maju dan kuat pada zaman pemrintahan Meiji dan setenusnya