Huraikan tentang agama Hindu dan Buddha yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia pada abad ke 19

| Friday, August 28, 2009

Agama merupakan satu system kepercayaan yang diamalkan oleh seseorang atau sekumpulan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup. Terdapat beberapa agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia pada kurun ke 19. Antaranya adalah agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Agama Hindu mendapat tempat di Thailand, India dan Myanmar manakala agama Buddha dianuti kebanyakan masyarakat di China, Laos, Kemboja, Thailand dan Myanmar.
Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia. Agama ini dikatakan tidak mempunyai pengasas. Menurut sejarah, istilah Hindu diambil daripada perkataan Shindu yang bermaksud permulaan tamadun di Lembah Indus. Agama ini berasal dari India dan muncul pada Zaman Vedik iaitu antara 200M hingga 1000M. Dalam hubungan ini jelas sekali bahawa ajaran agama ini berasaskan kepada empat veda penting iaitu Rig Veda, Atharva Veda, Yajur Veda dan Sama Veda
Agama Hindu ini mempunyai dua mazhab iaitu Saivisme yang menyembah Dewa Siva dan Vaishavisme yang menyembah Dewa Vishnu. Agama ini juga percaya kepada jelmaan tiga tuhan yang dikenali sebagai Trimurthi iaitu Dewa Brahman (pencipta), Dewa Vishnu (pelindung) dan Dewa Siva (pemusnah)
Penganut agama ini percaya kepada hukuman Karma dan kelahiran semula dimana seseorang yang meninggal dunia akan dilahirkan semula bergantung dengan perbuatannya ketika di dunia. Justeru itu penganut agama ini berusaha untuk mencapai Moksya atau Nirwana agar tidak dilahirkan semula di dunia.
Pada peringkat awal, perkembangan agama Hindu khususnya di Thailand dan Myanmar telah Berjaya mempengaruhi corak hidup masyarakat dalam semua aspek. Ia bukan sahaja diamalkan oleh pemerintah malah diperkukuhkan lagi dengan amalan-amalan yang dibawa oleh agama Hindu sehinggakan rakyat begitu taat dan patuh kepada pemerintah. Di Thailand dan Myanmar penganut agama ini lebih cenderung mengamalkan ajaran Hindu bermazhab Theravada. Pengaruh agama Hindu mula berkurangan apabila munculnya agama Buddha yang kemudiannya Berjaya menarik sebahagian penduduk untuk mendekati dan seterusnya mengamalkannya
Kemunculan agama Buddha secara langsung mengurangkan pengaruh agama Hindu. Agama Buddha diasaskan seorang putera raja bernama Siddharta Gautama Buddha. Beliau meninggalkan istana semata-mata untuk mencari erti hidup sebenar dan akhirnya beliau menemui cahaya kebenaran di bawah pokok Bo di Bhagaya. Bermula dari peristiwa itu beliau dikenali sebagai Gautama Buddha yang bermaksud “Pemberi Cahaya” atau “Kecerahan Agung”. Agama ini dipercayai berasal dari Utara India.
Agama ini mempunyai dua mazhab. Mazhab pertama ialah Buddha Hinayana yang dianuti majaroti masyarakat di Thailand,Myanmar,Kampuchea,Vietnam,Laos dan Indonesia. Mazhab kedua dikenali sebagai Mahayana yang menjadi pegangan utama bagi penduduk di China dan Jepun.
Penganut agama Buddha percaya kepada Empat Kebenaran Mulia iaitu kesengsaraan hidup adalah lumrah alam. Kesengsaraanberpunca daripada nafsu untuk mendapatkan kekayaan dan keseronokan, cara mengelakkan kesengsaraan ialah dengan mengatasi nafsu dan cara untuk menamatkan kesengsaraan ialah melalui Jalan Lapan Lapis. Jalan Lapis terdiri daripada pemikiran yang baik,pengetahuan yang baik,keinginan yang baik,pertuturan yang baik,kelakuan yang baik,kehidupan yang baik,usaha yang baik,dan pertapaan yang baik. Penganut agama Buddha juga percaya kepada konsep Ahimsa iaitu tidak mahu melakukan sebarang kekerasan ke atas makhluk hidup
Agama Buddha mendapat tempat di kalangan pemerintah di Thailand dan Myanmar. Dalam system social Thailand, agama ini menjadi anutan utama masyarakat Thailand. Pengaruh agama Buddha dalam bidang kesenian dapat dilihat melalui seni bina candi Borobodur di Pulau Jawa dan Angkor Wat di Myanmar.
Kesimpulannya, kedatangan agama Hindu dan Buddha ternyata mempengaruhi kehidupan masyarakat Asia dalam pelbagai aspek. Kedatangan agama Buddha ternyata member kesan kepada agama Hindu. Kedua-dua agama ini tetap diamalkan sehingga ke hari ini tetapi telah mengalami perubahan mengikut kesesuaian masa.

2 comments:

Ina NaiLofar said...
September 4, 2009 at 2:07 AM

soalan ramalan tiada ke?

ILay said...
July 17, 2010 at 7:07 PM

adakah agama ni mempunyai pantang larangnya??

Post a Comment