Adat merupakan peraturan yang diamalkan sejak dahulu kala yang menjadi amalan sesebuah masyarakat. Ia merupakan peraturan tidak bertulis yang mesti dipatuhi oleh sesebuah masyarakat. Adat ini boleh dikatakan sebagai system nilai yang menjadi pegangan sesebuah masyarakat dan ia berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Melanggar adat bermaksud melanggar ketentuan yang telah ditetapkan oleh nenek moyang mereka yang terdahulu.
Bagi masyarakat Vietnam, mereka amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Bagi mereka keluarga merupakan asas terpenting. Seseorang itu dianggap ahli masyarakat kampung jika sekiranya dia telah menjadi ahli keluarga dalam kampung tersebut. Betapa pentingnya hubungan kekeluargaan ini dapat dilihat dari sudut kedudukan seseorang itu, jika mereka tersingkir daripada keluarga bermakna mereka ini tiada tempat dari segi kehidupan di dunia atau kerohanian.
Masyarakat Vietnam juga mempunyai adat menjual anak atau menyewa tenaga mereka untuk mendapatkan wang. Bagi mereka adat ini sah kerana amalan Confucius yang mereka amalkan selama ini menekankan bahawa anak-anak perlu taat setia kepada bapa atau orang yang lebih tua tanpa banyak soal. Setiap ahli keluarga diharap dapat membantu sesama anggota keluarga. Mereka yang kurang bernasib baik akan dibantu oleh saudara mara mereka. Harta kekayaan akan dibahagi sasama ahli keluarga. Ini membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan amat dipentingkan dalam masyarakat Vietnam.
Jika dilihat dari sudut adat perkahwinan pula, bakal pengantin lelaki tidak berhak memilih calon isteri. Mereka hanya menerima sahaja calon isteri yang dicadangkan kepada mereka. Bagaimanapun poligami dibenarkan jika sekiranya isteri yang dikahwininya itu tidak mempunyai zuriat. Ini membuktikan bahawa masyarakat Vietnam mementingkan hubungan kekeluargaan.
Masyarakat Vietnam juga mengutamakan adat pemilikan tanah. Tanah bagi mereka bukan milik individu tetapi hak bersama. Ini bermakna keluasan sebuah tanah dikongsi secara beramai-ramai. Seseorang yang mengusahakan tanah disesuatu kawasan tidak akan dikeluarkan daripada kampungnya. Namun demikian pemilikan tanah secara besar-besaran dikuasai golongan pembesar dan pengutip cukai yang akhirnya membawa penindasan kepada golongan petani.
Dalam masyarakat Indonesia pula terdapat adat bagi wanita hamil. Apabila kandungan sudah mencapai tujuh bulan diadakan upacara mandi hamil. Dalam upacara ini, wanita hamil tersebut dikehendaki menyediakan rojak dan menjualnya kepada para tetamu. Harga rojak dibayar dengan atap genting. Adat ini sebenarnya mengajar sifat berjimat cermat kepada bayi yang dalam kandungan. Rasa rojak pula menentukan jantina bayi dalam kandungan. Jika rasa rojak itu masam bermakna bayi yang akan dilahirkan itu lelaki dan jika manis pula bayi yang akan dilahirkan perempuan. Wanita hamil ini pula akan diberikan makanan yang khusus dan tidak dibenarkan menyentuh benda tajam kerana bimbang akan memudaratkan anak. Para tetamu juga tidak dibenarkan memberi hadiah kepada bayi yang baru lahir kerana bimbang akan membawa keburukan kepada bayi tersebut
Disamping itu masyarakat Indonesia juga mengamalkan adat menyambut kelahiran bayi. Dalam upacara ini, mereka akan meletakkan pelbagai bahan di hadapan bayi untuk melihat apa yang disukai bayi yang baru lahir itu. Upacara ini sebenarnya untuk meramal nasib bayi tersebut. Bayi juga dibekalkan dengan azimat berupa benang yang dililit dilengan atau dileher bagi mengelakkan daripada dirasuk unsur-unsur jahat. Selain itu, bayi tersebut disapau dengan jamu khas setiap hari supaya terhindar daripada makhluk halus.
Orang Indonesia amat memuliakan tetamu. Mereka akan menjemput tetamu makan bersama sebelum ahli keluarga mula menjamah makanan. Bagi mereka memakan makanan bersendirian dianggap biadab. Tetamu dimuliakan dengan memberi layanan istimewa dan makanan yang dihidangkan pula berdasarkan kemampuan tuan rumah. Biasanya makanan akan dihidangkan di atas tikar anyaman yang dibentangkan ditengahtengah dapur. Mereka akan duduk bersila sambil menikamti hidangan yang disediakan.
Bagi masyarakat Indonesia yang mengamalkan adat minangkabau, mereka mengamalkan adat memilih pemimpin. Pemilihan ketua kampung berdasarkan system persaudaraan suku masyarakat tersebut. Kedatangan Islam menyebabkan berlakunya sedikit pertentangan dalam pemilihan ketua ini kerana pangkat dan taraf yang diberikan oleh kuasa adat tidak sama dengan taraf yang ditentukan oleh hokum syarak. Hubungan diantara pemimpin puak dengan ketua kampung yang berlandaskan adat ini ditentang oleh pemimpin agama
Penutup
1 comments:
da belajar la . . ad tambahan nota x ??
Post a Comment