Pembesar di China dan Jepun

| Sunday, May 10, 2009

Huraikan peranan golongan pembesar dalam system social zaman Tokugawa dan Zaman Manchu pada abad ke 19.

Pengenalan

• Sistem pembesar di Asia Timur masih mengamalkan system feudal
• Berdasarkan system ini pembesar mempunyai kuasa yang terhad dan bergantung kepada sokongan raja atau maharaja.
• Dalam masa yang sama pembesar mempunyai tanggungjawab terhadap pengikutnya dan ini penting bagi melaksanakan tugasnya terhadap raja.
• Di Jepun pembahagian kelasnya agak ketat. Dalam system social Bakufu, terdapat golongan bangsawan,golongan Daimyo dan Hatamoto. Sementara rakyat pula terbahagi empat kelas.
• Di China semasa pemerintahan Manchu, pembesarnya terdiri daripada pembesar peringkat pusat dan pembesar peringkat wilayah. Kebanyakan golongan pembesar ini merupakan mereka yang lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam.
• Terdapat juga pembesar daripada kalangan golongan bangsawan atau tentera yang dilantik oleh maharaja

Isi
• Peranan golongan pembesar di Jepun sangat ketara semasa zaman Shogun Tokugawa. Pada ketika ini golongan Shogun telah mengambil alih kuasa daripada maharaja. Maharaja Jepun merupakan seorang boneka yang tinggal di Kyoto yang dikawal ketat.
• Pemerintahan oleh Shogun dibantu oleh golongan pembesar yang dipanggil Daimyo.
• Daimyo terbahagi kepada tiga golongan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama.
• Golongan Daimyo ini diberikan wilayah untuk memerintah diperingkat wilayah. Pemberian kuasa kepada Daimyo berdasarkan pertalian kekeluargaan dan ketaatan kepada Shogun.
• Daimyo Shimpan ditempatkan dikawasan yang strategic yang berhampiran dengan raja iaitu di sepanjang jalan Tokaido. Jalan ini merupakan perhubungan utama di Jepun. Golongan ini merupakan barisan pertahanan utama bagi Tokugawa.
• Sebenarnya Daimyo Shimpan diletakkan di kawasan ini bertujuan mengawasi segala tindak tanduk Daimyo Tozama agar tidak melakukan sebarang serangan.
• Sementara Daimyo Fudai merupakan pembesar dalaman dan diletakkan jauh sedikit daripada Daimyo Shimpan sementara Daimyo Tozama atau dikenali sebagai “tuan-tuan tanah di luar” telah ditewaskan oleh Shogun Tokugawa dan diletakkan di kawasan yang jauh atau kurang strategik.
• Daimyo Tozama dikehendaki menyumbang tenaga manusia, bahan-bahan dan wang untuk berbagai kerja awam dan pembinaan istana bagi Shogun Tokugawa.
• Mereka juga diperintah untuk memusnahkan semua kapal perang mereka yang beratnya melebihi 50 tan bagi melemahkan kekuatan Daimyo Tozama
• Selain itu system Sankin Kotai iaitu system kehadiran bergilir digunakan bagi mengelakkan ancaman terhadap Shogun. Melalui system ini golongan Daimyo dipaksa untuk tinggal di Edo sekitar empat hingga enam bulan bergilir-gilir setiap tahun.
• Apabila mereka pulang ke Tanah mereka sendiri, isteri dan anak-anak mereka pula dikehendaki tinggal di Edo sebagai penjamin. Ini adalah satu cara bagi memastikan Daimyo tidak memberontak.
• Semasa golongan Daimyo ini berada di Edo, mereka dikehendaki menjalankan tugas pentadbiran dan upacara-upacara tertentu untuk Shogun Takugawa.
• Dari masa ke masa mereka juga dikehendaki memberi sumbangan untuk membesarkan kota Edo.
• Walaubagaimanapun golongan Daimyo ini dibenarkan memungut cukai ke atas penduduk kawasan mereka yang tertakluk kepada undang-undang yang telah mereka tentukan.
• Melalui “Law for the Militar House” Shogun Iyeyasu telah menentukan had jumlah ketenteraan, kubu pertahanan dan melarang Daimyo melakukan pakatan antara satu sama lain.
• Mereka yang melanggar peraturan akan menyebabkan tanah atau wilayah kekuasaan mereka dirampas dan diletakkan di bawah Shogun.
• Kedudukan Daimyo ini dibantu oleh golongan samurai dan karo. Golongan inilah yang memainkan peranan mempertahankan kuasa golongan Shogun dan Daimyo. Malahan golongan ini kadangkala ditugaskan untuk mempertahankan negara.
• Semasa pemerintahan Tokugawa, terdapat Majlis Penasihat Agung (Tairo) yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada Shogun mengenai dasar Negara. Tairo menjadi pemangku maharaja sekiranya Shogun yang dilantik masih belum dewasa.
• Sementara di negeri China pula maharaja menduduki lapisan teratas diikuti golongan bangsawan,golongan terpelajar,golongan tani,golongan pertukangan,saudagar/peniaga dan golongan askar
• Golongan bangsawan memiliki wilayahnya tersendiri yang ditauliahkan oleh maharaja. Mereka ini berkuasa mentadbir wilayah masing-masing.
• Golongan bangsawan semasa Dinasti Manchu adalah mereka yang lulus dalam Peperiksaan Awam. Peperiksaan awam ini mempunyai empat tahap iaitu peperiksaan Bandar, peperiksaan jajahan, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang dijalankan di hadapan maharaja sendiri.
• Mereka yang lulus dalam peperiksaan awam akan ditempatkan di kementerian-kementerian yang penting yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan.
• Golongan ini jugalah yang menganggotai Imperial Secretariat dan Imperial Cancelory.
• Kesemua dasar yang digubal diperingkat pusat akan dilaksanakan diperingkat wilayah. Pelaksanaanya akan dipertanggungjawabkan kepada pembesar bawahan di Jabatan Hal Ehwal Negara
• Terdapat pelbagai jenis jabatan yang dibentuk seperti Jabatan Kakitangan,Jabatan Upacara,Jabatan Tentera,Jabatan Kehakiman dan Jabatan Kerja Awam.
• Golongan Gentri merupakan pembesar tempatan yang membantu pembesar-pembesar peringkat wilayah. Mereka ini sebenarnya golongan sarjana tetapi berkhidmat secara sukarela kepada pembesar kerajaan.
• Golongan Gentri ini bertindak sebagai orang tengah antara pembesar kerajaan dengan rakyat jelata di kawasan mereka sendiri.
• Terdapat juga pembesar yang bukan golongan bangsawan. Mereka ini berpengaruh diperingkat wilayah kerana memiliki angkatan tentera mereka sendiri. Golongan ini bertanggungjawab ke atas wilayah mereka sendiri dan bersedia membantu dari segi ketenteraan kepada kerajaan pusat pada bila-bila masa.

Penutup
• Peranan pembesar di China dan Jepun penting dalam system feudal. Bagaimanapun mereka mempunyai kuasa yang terhad tertakluk di bawah kuasa dan arahan Shogun di Jepun dan Manchu di China
• Apa yang jelas tidak terdapat mobility social di Jepun yang menyebabkan timbul perasaan tidak puas hati semasa zaman Tokugawa.
• Keadaan yang sebaliknya berlaku di China disebabkan adanya peperiksaan awam membolehkan mobility sosial berlaku. Namun demikian untuk melepasi system peperiksaan itu amatlah sukar kerana semuanya dikawal dengan ketat.

8 comments:

Anonymous said...
May 18, 2009 at 5:27 PM

gdchfjnf

Anonymous said...
March 27, 2010 at 8:02 PM

Salam.. Mohon copy isi ni utk u/kaji. cikgu sy kuarkan soalan ni mase exam dlu.

Anonymous said...
October 10, 2010 at 12:47 AM

thnks...
can complete my hw by this!!
:)

shah said...
September 17, 2011 at 6:32 PM

salam..sy nk copy text ni untuk asmnt

Anonymous said...
January 18, 2012 at 4:58 AM

no comment

Anonymous said...
March 19, 2012 at 6:06 AM

tq :)

Anonymous said...
March 31, 2012 at 5:02 AM

very interesting

Anonymous said...
May 27, 2012 at 7:59 PM

cam ne erk nk cri perbandingan peranan pembesar d ngeri china abab ke 16-20. pliz.. n mntk copy isi y ni. tq.

Post a Comment