Kesan Kemasukkan Buruh Asing ke Asia Tenggara

| Wednesday, March 25, 2009

2.3 Kesan Terhadap Masyarakat dan Negara
2.3.1 Masyarakat Berbilang kaum
2.3.2 Penentangan

Masyarakat berbilang kaum


 Masyarakat Barat mula datang ke Timur sejak abad ke 14 lagi sehingga penghujung abad ke 19.

 Tujuan kedatangan mereka adalah untuk perdagangan dan keagamaan tetapi kemudiannya menjalankan dasar penjajahan.

 Kadar pertumbuhan ekonomi yg pesat akibat dasar laissez-faire memerlukan tenaga buruh yang banyak bagi mengusahakan sistem ekonomi komersil terutama dlm bidang pertanian, perlombongan dan perindustrian
Keengganan penduduk tempatan melibatkan diri dalam sektor ekonomi moden tlh memaksa org barat membawa masuk buruh asing

 Kedatangan buruh asing ini tlh menimbulkan banyak masalah sosial dan politik di kawasan Asia ini.

 Tambahan pula kedatangan mereka telah memyebabkan jumlah mereka melebihi daripada penduduk asal. Ini berlaku di Pulau Jawa, sekitar Lembah Irrawaddy(myanmar), Sungai Mekong(Vietnam) dan Lemabh Chao Phraya (Thailand)
Indonesia

 Belada telah memperkenalkan dasar Liberal dan Etika yg telah membawa masuk ramai buruh-buruh Cina di Pulau Jawa dan Pulau-pulau luar.

 Org Cina menjalankan perdagangan runcit , menjadi buruh di ladang dan di lombong dan terdapat sebilangan mereka menjadi org tengah yg mengutip cukai bagi pihak kerajaan Belanda. Ada juga antara mereka bertugas membantu pentadbiran Belanda.

 Org Cina tlh melakukan pelbagai bentuk penindasan terhadap masyarakat tempatan. Contohnya memungut cukai yg tinggi drp kadar yg ditetapkan oleh Belanda. Selain itu memberi pinjaman dgn kadar faedah yg tinggi, mengamalkan dasar “beli murah, jual mahal” dll.

 Walaupun org tempatan menganggap org Cina ini sebagai memeras penduduk tempatan, tetapi penjajah pula menerimanya sebagai perangsang kpd perkembangan ekonomi.

 Jumlah org Cina meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1850 jumlah org Cina di Indonesia ialah 150 000 org. tahun 1900 menjadi 277 000.

 Ada antara mereka tinggal menetap di Indonesia dan berkahwin dgn masyarkat tempatan. Perkahwinan ini melahirkan peranakan Cina-Jawa. Hal yg sama juga berlaku dgn org Belanda yg melahirkan peranakan Indo-Belanda

 Org Belanda yg dtg ke Indonesia kebanyakannya bertugas dlm bidang pentadbiran.

 Kemasukan org asing dan pertambahan bilangan penduduk tempatan menyebabkan Indonesia mengalami lebihan penduduk yg sgt tinggi.

 Jumlah penduduk yg tinggi ini tdk seimbang dgn jumlah kawasan pertanian sehingga membawa masalah kebuluran dan wabak penyakit.

 Penduduk tempatan yg ketinggalan dlm bidang ekonomi mengalami keperitan hidup hingga memaksa mereka berhijrah ke pulau-pulau luar berhampiran spt Borneo dan Tanah Melayu.

Thailand

 Di Thailand pula, kesan drp perjanjian Bowring antara Raja Mongkut dgn pihak Inggeris iaitu Sir John Bowring telah bertanggung jawab kepada kemasukan pedagang asing.

 Org-org Cina dan Barat membanjiri negara Siam untuk tujuan perdagangan. Lama kelamaan mereka berjaya mengeksploitasi ekonomi tempatan.

 Org Cina tlh masuk ke Siam disebabkan adanya permintaan tenaga buruh dlm bidang perlombongan dan pertanian.

 Selaian itu adanya galakkan dari kerajaan Chakri di Siam.

 Faktor lain ialah upah yg ditawarkan adalah tinggi.

 Org Cina di Siam menjadi org tengah yg melakukan pelbagai jenis penindasan ke atas mesyarakat tempatan. Misalnya membeli hasil pertanian dgn harga yg murah dan menjualnya dgn harga yg tinggi.

 Org Cina juga memberi pinjaman wang dgn kadar faedah yg tinggi disamping itu mereka juga mengutip cukai yg tinggi drp yg ditetapkan oleh kerajaan.

 Bukan itu sahaja, org Cina juga terlibat dlm aktiviti perdagangan dan Industri. Akibatnya industri tempatan merosot kerana terpaksa bersaing dgn barangan import yg murah dan berkualiti.

Kemasukan org Cina juga membawa kepada perkahwinan campur antara org Cina dgn anggota keluarga aristokrat Thailand yang dikenali sebagai Lukchin

 Org Cina juga diberi beberapa keistimewaan kerana peranan mereka yg penting sebagai penggerak ekonomi misalnya mereka dikecualikan drp cukai kepala serta tiada imigresen.

 Mereka tlh memperkenalkan sistem pendidikan sendiri dan persekolahan sendiri yg menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

 Sekolah ini dibiayai oleh saudagar-saudagar Cina yg kaya.

 Bagaimanapun perkembangan ini tersekat menjelang tahun 1930-an kerana org Siam sendiri mula sedar dan merasakan mereka tertindas di negara sendiri. Keadaan ini menyebabkan pemimpin Siam mula mengamalkan dasar anti Cina dan dasar mensiamkan org Cina di Siam.

Burma

 Di Burma, kerajaan Inggeris telah membawa masuk buruh-burh India utk bekerja di ladang-ladang serta kawasan perlombongan.

 Org India dibawa masuk dgn memberikan subsidi tambang perjalanan dan gaji yg dibayar kpd mereka adalah rendah.

 Ada tiga cara org India masuk ke Burma :
1.Melalui syarikat-syarikat persendirian
2.Melalui kerajaan
3.Datang sendiri.

 Selain itu org India juga terlibat dlm bidang pentadbiran

 Tujuan org India dibawa masuk ke Burma ialah
1.Menggalakkan pembangunan negara
2.Mengurangkan kesengsaraan di India
3.Mengurangkan kos upah pekerja
4.Mengisi kekosongan dlm bidang pendidikan dan perusahaan.
5.Membekalkan pekerja yg terlatih dan boleh bekerja di dermaga serta rangkaian keretapi di Burma.

 Satu golongan org India yg masuk ke Burma dikenali sebagai golongan Chettiar yg berperanan sebagai peminjam wang kpd petani Burma. Biasanya tanah menjadi cagaran dan jika gagal membayar tanah akan dirampas.

 Kesan daripada ini tlh menyebabkan ramai petani di Burma Hulu menjadi buruh dan penyewa kpd golongan chetiar.

 Kemasukan org India begitu menggalakkan misalnya pada tahun 1910 seramai 250 000 org masuk ke Burma setiap tahun dan ia meningkat menjadi 480 000 pada tahun 1927.

 Terdapat juga org Cina dibawa masuk ke Burma yg bekerja di sektor perlombongan dan perniagaan. Contohnya pada tahun 1931 lebih kurang 200 000 org Cina di Burma.

 Walaupun bilangan org Cina tdk ramai tetapi mereka memainkan peranan penting dlm aktiviti perdagangan, perindustrian dan perlombongan.

 Org Cina diterima di Burma kerana mempunyai pegangan agama Buddha yg sama. Ini membolehkan mereka mudah diserap dlm masyarakat Burma

Filipina


 Org Cina merupakan kumpulan terbesar org asing.

 Mereka memainkan peranan penting dlm ekonomi

 Mereka masuk ke Filipina semasa pembukaan Manila kpd arus perdagangan dari tahun 1876-1886.

Kesan Kemasukan Orang Cina


 Rusuhan anti Cina tercetus di Cabantuan pada tahun 1924

 Pengenalan akta kira-kira pada tahun 1921

 Lahirnya kaum Mestizo Cina iaitu :

1.Berketurunan bapa Cina yg memeluk agama Kristian dan ibu keturunan Tagalog.
2.Diberikan tanah dikecualikan cukai
3.Muncul sebagai kuasa ekonomi yg sgt berpengaruh di Filipina.
4.Berperanan sebagai org tengah antara pengimport Barat dgn pengeluar Filipina.
5.Menguasai perdagangan antara pulau dan merupakan tuan punya tanah.
6.Org Filipina bencikan kaum Mestizo Cina sehingga berlaku pembunuhan beramai-ramai

Rumusan


 Kemasukan kaum asing menimbulkan banyak masalah yang menyukarkan proses perpaduan. Ini disebabkan :
1.Mereka hidup berkelompok mengikut kaum dan tdk bersatupadu
2.Mempunyai ciri perbezaan dari segi agama dan kebudayaan
3.Mereka terasing dari segi ekonomi
4.Mereka tinggal di kawasan berasingan dgn masyarakat asal

 Kebanyakan kaum pendatang mempunyai kedudukan ekonomi yg baik berbanding dgn penduduk peribumi

Fahamkan soalan di bawah kemudian buat pengenalan dan penutup. isi hanya dalam bentuk point

Soalannya

Huraikan kesan-kiesan penghijrahan orang Cina ke Indonesia dan Filipina sehingga Perang Dunia Kedua.

Sistem Beraja di China dan Burma

| Sunday, March 22, 2009

7. Huraikan sistem beraja di China dan Burma sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat.

Sistem beraja merupakan corak pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara awal di Asia. Sistem beraja ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dan mempunyai pengaruh Hindu Buddha. Negara-negara Vietnam, China, India dan Jepun menggunakan gelaran maharaja untuk pemerintahnya.
Dalam sistem beraja, Maharaja mempunyai kuasa mutlak. Dalam kepercayaan Hindu, raja dianggap sebagai Tuhan dibumi dan rakyat tidak mempunyai kuasa mempersoalkan tindak tanduk raja.
Maharaja China dianggap sebagai “Son of Heaven” atau wakil Tuhan. Raja-raja mendapat kewibawaannya melalui Kanun India Manu yang meletakkan taraf separuh ketuhanannya. Anggapan ini menjadi konsep dewa raja atau dewa sakti yang membolehkan raja berkuasa dalam bidang pemerintahan dan keagamaan.
Raja-raja memerintah mengikut orde kosmos, iaitu mengikut peraturan alam semesta. Raja mempunyai hubungan yang rapat dengan syurga. Misalnya, raja-raja China dan Vietnam mendapat mandat dari syurga. Pemerintahan raja yang aman dan makmur membuktikan pemerintahan diterima oleh syurga, sekiranya berlaku bencana bermakna pemerintahan tidak diterima dan patut digulingkan.
Dalam sistem beraja, raja mempunyai peranannya tertentu seperti ketua pemerintah, ketua agama, ketua undang-undang menjatuhkan hukurnan serta membuat undang-undang, ketua tentera memegang jawatan penting dan lain-lain.
Kedudukan raja dikuatkuasakan melalui upacara-upacara yang selalu dijalankan oleh pendeta. Upacara-upacara ini menonjolkan raja mempunyai kelebihan dan keistimewaan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang biasa. Ini memperkukuhkan kedudukan dan kewibawaan golongan raja. Penggunaan payung putih dan alat-alat kebesaran memperkukuhkan kekuasaan dan kedaulatan golongan raja.
Malah bilangan gajah Albino yang dimiliki oleh golongan raja melambangkan Kekuasaan dan kebesaran golongan ini. Gajah ini selain sebagai tungganggan diraja, turut dijadikan hadiah. Ada ketika Raja Siam dan Burma berperang kerana gajah putih ini. Jabatan khas turut ditubuhkan untuk menangkap dan melatih gajah ini. Sesiapa yang menangkap gajah ini boleh dikenakan hukuman keras.
Golongan raja ini juga dipandang mulia di kalangan rakyat. Oleh itu, segala yang diitahkan oleh raja ditaati. Sesiapa yang ingkar akan ditimpa tulah oleh kerana terlalu taat setia, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk raja seperti menjadi buruh Kerah.
Dengan ini jelaslah sistem beraja, ialah satu sistem yang diamalkan di kebanyakan negara sebelum kedatangan kuasa Barat di mana raja berkuasa mutlak. Kehadiran kuasa Barat kemudiannya telah memberi ancaman kepada sistem beraja ini.