Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Nanking (1842) di negara Jepun dan China

| Wednesday, June 24, 2009

Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap China dan Jepun.

Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19, iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan. Disamping itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun. Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan ekonomi ini.

Hasil pertemuan ini maka perjanjian Kanagawa telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dengan Jepun pada tahun 1854. Ini merupakan perjanjian yang pertama bagi Negara Jepun ke atas Negara Barat. Sesungguhnya perjanjian ini membawa kesan yang banyak ke atas Negara Jepun

Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu Jepun.
Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain iaitu dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858. Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed Harris. Dengan adanya konsul ini hubungan diplomatic yang kukuh antara Jepun dan Amerika Syarikat terjalin. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda

Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan. Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam gerakan yang dikenali sebagai “sonno-jai”. Mereka mendesak supaya kuasa maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji.


Dari segi ekonomi, Perjanjian Kanagawa menandakan berlakunya kegiatan perdagangan yang lebih pesat antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat. Di bawah perjanjian tersebut, Jepun telah membuka dua buah pelabuhan. iaitu Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan tujuan berdagang. Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah ditetapkan.
Dari segi sosial, terdapat kemasukan unsur-unsur Barat seperti barangan buatan Barat dan fahaman Barat.

Di negara China, keadaannya amat berbeza sama sekali dimana Britain telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China kalah dalam perang Candu I. Dengan termeterainya perjanjian ini menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan China di bawah Dinasti Manchu juga terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain. Pada tahun 1844, China menandatangani Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, kerajaan Manchu mengadakan perjanjian dengan Norway dan Sweden.
Termeterainya Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah itu.
Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. Ini bermakna China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael kepada Britain.
Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan dengan meluasnya di Negara China.
Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi oleh Barat sehingga menjadi “Semi Colony”.

9 comments:

nisanafisa said...
June 25, 2009 at 10:02 PM

assalamualaikum...
thnx a l0t cz sediakn bl0g yg amat2 mmbntu sy n kgkwan...
sy prlukn mklmat mgnai pmbhruan sistem prndngan di asia..
hrap dpt mmbntu...
tq..

Anonymous said...
July 12, 2009 at 2:09 AM

thanx...info ini banyak membantu saya dalam mengkaji perjanjian ini dgn lebih mendalam..

oRKiD_uNgu said...
November 1, 2009 at 3:33 AM

hai...
sy prlukn mklmt ttg persamaan & perbezaan antara dasar luar negara Thailand & Myanmar (1948-1963)..

Anonymous said...
February 18, 2011 at 1:13 AM

trima kasih.. :) maklumat nie , byk membantu sy terutamanya bila ada asignment . hihi.. so , teruskan laa share maklumat.. :)

lambretta px said...
April 19, 2011 at 6:50 AM

tolong la..saya woi..
tlong cari carikan p'janjian nanking dan bowring.
dalam aspek ekonomi dan sosial.

fahmi said...
November 10, 2011 at 7:46 AM

alhamdulilah,nota ini membantu saya,,,
saya berpandangan agar setiap perjanjian ini diasingkan, melalui langkah ini kita boleh melihat dengan lebih jelas,,,thanks a lot

mohammed nor azril said...
May 6, 2012 at 5:19 AM

thanks.....ini adalah salah satu inisatif yg baru selain dari buku....sekali lagi..terima kasih....biarlah sy pnggil org yg buat blooger ini sebagai guru saya...

Anonymous said...
July 31, 2012 at 6:20 AM

tolong carikan dasar isolasi di china dan myanmar..

hamba ALLAH said...
August 6, 2012 at 8:09 PM

assalammualaikum..
terima kasih memberi maklumat anda..
ia amat membantu dan berguna buat saya dan rakan2 saya...thx a l0t ~,~

Post a Comment